Tubuhkan Satu Badan Khas Pengesahan Bagi Semua jenis pelaburan

Saya baru-baru ini ada memberikan pandangan akan peri pentingnya penubuhan satu badan khas pengesahan sesuatu jenis pelaburan sempena mesyuarat agung kali kedua Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia yang di adakan di pejabat persatuan di Setia Tropika Johor Bahru.



  1. Persatuan bersedia bekerjasama dengan badan yang  terlibat dengan isu skim cepat kaya seperti  Bank Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Pihak PPSMM dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian  Iskandar Malaysia sedang merangka  untuk menubuhkan sebuah badan pengesahan pelaburan iaitu Pusat Pelaburan dan Pasaran Saham Malaysia atau dikenali sebagai MISEC( Malaysia Investement and Stocks Exchange Centre)
  2. Satu bentuk pengiktirafan label sah perlu dibuat bagi setiap produk dan perkhidmatan pelaburan yang ditawarkan.Kita ambil contoh, restoran yang menghidangkan makanan   kepada orang Muslim perlu mempunyai Cop HALAL yang dikeluarkan JAKIM.Dengan adanya logo yang dipamerkan masyarakat terutama Muslim  berasa selamat  apabila ada logo Halal yang dipamerkan di setiap barangan yang ingin dibeli.
  3. Bagi barangan elektronik juga ada dapat pengesahan kualiti dari SIRIM. Masyarakat yakim produk yang ada pengesahan SIRIM adalah berkualiti.
  4. Begitu juga, CD yang original ditampalkan hologram KDN sebagai membuktikan ianya adalah asli.Sedikit sebanyak ianya akan memberikan kenyakinan CD yang dibeli adalah berkualiti dan bukannya cetak rompak.Idea ini disokong sepenuhnya oleh ramai pengiat seni.
Jika tertubuhnya badan pengesahan pelaburan ini, saya percaya masalah skim pelaburan haram akan selesai.Orang ramai hanya perlu menanyakan sesuatu jenis pelaburan itu sah atau tidak. tanpa perlu pening kepala merujuk kepada Bank Negara,SC,SSM mahupun FFIM.
Ini hanya sebagai cadangan dari NGO,semoga pihak berwajib buka mata dan nampak akan idea ini dan dapat dipanjangkan demi menyelamatkan duit rakyat yang saban hari ditipu oleh si pembuat skim pelaburan haram!

Sekian,
Zamsaham Norizam



0 comments: