Saya tidak Percaya tanpa usaha boleh kaya raya!

Semalam saya ditemubual oleh wartawan Astro Awani berkenaan dengan ISU yang tidak pernah selesai iaitu ISU pelaburan haram atau lebih dikenali dengan SKIM CEPAT KAYA.
Gambar: Ditemuramah oleh Wartawan Astro Awani:Cik Aqilla,Lokasi: Pejabat PPSMM

Sila klik untuk video penuh laporan " Ramai masih belum Serik dengan pelaburan Skim Cepat Kaya"

3 PETUA ada saya kongsikan dengan wartawan tersebut untuk tidak terperangkap dengan Skim pelaburan haram ini.Berikut adalah 3 petuanya:
  1. Untung yang ditawarkan adalah terlalu sedap untuk didengar. Ada juga kes keuntungannya terlalu tinggi dan terlalu 'sedap' untuk didengar.(hati-hati)
  2. Keuntungan yang besar ini akan diperolehi dalam masa yang singkat dan tanpa perlu buat apa-apa kerja! (hampir semua perkara untuk untung mesti ada kerja)
  3. Berita untung yang  besar dan tidak perlua lakukan apa-apa kerja ini disampaikan dengan penuh 'Beriya-riya' dan bersemangat sekali.(jika tiada upah,jarang orang yang bercerita begitu beriya-iya)
# Jika 3 petua diatas  saling kait-mengait,maka anda perlu berfikir dahulu dan jangan buat keputusan pelaburan secara terburu-buru. Ini kerana rata-rata mangsa skim pelaburan haram membuat keputusan tanpa membuat kajian dan terlalu terburu-buru untuk cepat kaya!

Sekian,

Zamsaham
Iskandar Malaysia.
# saya tidak pernah lagi jumpa orang yang kaya raya dan bahagia tanpa bersusah payah dahulu...

3 comments:

Setuju dengan statments ini, sukar nak berjaya tanpa usaha..melainkan cara yang tidak diredha oleh-Nya.

April 10, 2013 at 12:11 PM comment-delete

Pendek kata, bukan senang nak senang,bukan susah nak susah.

April 10, 2013 at 12:12 PM comment-delete

Masalah orang kita..bila tanya nak jadi kaya konfem jawabnya nak..tapi usahanya tak seberapa..alih2 join skim cepat kaya..dh join mula hidup dlm angan2..bila melingkup nah amik kau rasakan..

April 21, 2013 at 3:58 AM comment-delete