Masalah Bursa Malaysia!

Orang masih kenal BSKL berbanding dengan Bursa Malaysia.

Antara puncanya:-

  1. Pada awal tahun 90an terdapat promosi besar-besaran oleh Allahyarham Salleh Majid.Promosi ini dibuat tanpa mengenal latar belakang sesuatu kumpulan dan ianya dibuat secara umum.Kini  Bursa Malaysia ada juga buat program seperti Bursa Market Chat untuk update para pelabur tentang hal-hal dan cerita terkini pasaran saham.Walaupun  percuma dan terdapat hidangan makanan yang sedap,ianya masih lagi gagal menarik pelabur runcit 'baru'. Antara punca yang dikenalpasti tiadanya hebahan secara luas dibuat.
  2. Masa zaman kegemilangan BSKL ramai remisier dan broker saham yang saling bantu membantu untuk mendapatkan ramai pelanggan baru.Mereka ini yang disifatkan tulang belakang pasaran saham begitu positif dan percaya kepada potensi pasaran saham sendiri.Namun,hal ini tidak berlaku sekarang.
  3. Ramai yang untung pada era awal 90an,telah mengalami kerugian yang agak teruk pada krisis kewangan pada tahun1997-1999.Akibatnya,teori melabur dipasaran saham risiko terlalu tinggi dan merugikan dihebahkan kepada generasi yang baru ingin berjinak-jinak dengan pelaburan saham.
  4. Konsep pelaburan yang salah,iaitu lebih menitik beratkan keuntungan segera dengan membeli "harga saham" perlu diperbetulkan. Inilah yang perlu dibuat oleh Bursa Malaysia,supaya orang faham pelaburan adalah berkait rapat dengan perniagaan sesuatu syarikat yang dibeli.
Oleh yang demikian,masalah "Istana Megah Bursa Malaysia" di Bukit Kewangan yang cantik tapi digeruni oleh ramai orang perlu ditanggani dengan cara yang berhikmah dan bijak. Kerjasama yang erat antara Bursa Malaysia,Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Broker Saham seluruh malaysia diperlukan dan seterusnya mempromosikan diri masing-masing didalam MISEE 2013. 
Selepas itu, syarikat tersenarai perlu menonjolkan produk dan pencapaian mereka dengan lebih mesra.(Ini masalah besar juga sebab banyak syarikat tersenarai 'Investor relationship' tidak mesra). 

#MISEE 2013( Malaysia Investment & Stocks Exchange Expo) yang direncanakan oleh NGO bernama Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia dengan menempatkan ketiga-tiga pemain dibawah satu bumbung.Idea ini akan dilaksanakan pada 17-19 Mei 2013 di Persada Johor supaya masyarakat  akan kenal dengan lebih dekat fungsi dan mekanisma pelaburan saham di Bursa Malaysia.Selepas ini, orang ramai tidak menyalahkan Bursa Malaysia jika penularan Pelaburan haram berlaku lagi...

Zamsaham
Iskandar Malaysia










1 comments:

dulu masa kecik2 aku ingatkan BSKL tu basikal hahaha..rupa2nya Bursa Saham Kuala Lumpur..pas baca posting ni baru aku tau BSKL dah jd Bursa Malaysia rupanya..Boleh kasi terang tak apa beza BSKL dan BM ni??

April 21, 2013 at 4:02 AM comment-delete