Pasaran Saham Turun? Apa kesan ke Bursa Malaysia?

Semalam pasaran saham Amerika-Dow Jones turun hampir 350mata! Ramai pelabur yang panik dengan kejatuhan ini dan beranggapan  akan berjangkit ke pasaran saham tempatan.

Seperti sebelum ini( bulan mei 2013) pelabur risau dengan kejatuhan mendadak sebanyak 7% bagi pasaran saham Jepun.saya ada berikan pendapat dengan mengatakan "kita sebagai pelabur jangan terlalu ikutkan sangat dengan sentimen harian" .Akhirnya kenyataan saya nampaknya tepat dan Bursa Malaysia tidak terkesan dengan penurunan nikkei dan kekal dengan momentum kenaikannya.

Berbalik dengan kejatuhan saham di US. Saya sudah pun berkali- kali pesan apabila melabur kita tidak perlu hiraukan sentimen di US kerana yang perlu dirisaukan adalah pertumbuhan dan prospek perniagaan saham yang kita beli.Pendek cerita..apa kena mengena pergerakkan saham OLD TOWN yang menjual nasi lemak dan kopi ' bandar lama' dengan masalah di Amerika Syarikat..Apa yang perlu dirisaukan adalah isu-isu yang berkaitan dengannya seperti Halal atau Haram makanannya..kerana itu yang lebih memberikan kesan.

Kepada semua client yang bernaung dengan Team Zamsaham..saya ada kogsikan pandangan peribadi tentang kesan kejatuhan indeks Dowjones di Facebook tertutup zamsaham private client.

sila clik gambar di bawah:
Pada awal pagi tadi ( 21 Jun 2013),saya mengatakan keseluruhan indeks dan sentimen pasaran mungkin akab negatif seketika sahaja dan merupakan PELUANG KEEMASAN kepada sesiapa yang tertingal 'bus'.

Kenapa saya berikan komen begitu?
Ini kerana penurunan yang berlaku adalah bagus kerana LONG TERM Chart bagi kebanyakkan saham berkualiti baru sahaja hendak naik secara besar-besaran!

oleh yang demikian..saya akan kongsikan pendapat peribadi saya di kelas saham- Berani Invest Saham yang akan dibuat esok di PWTC.InshaAllah saya akan terangkan dengan panjang lebar.

sekian.

Zamsaham
Presiden Persatuan Pelabur Startegik Melayu Malaysia.
# maklumat awal di kongsi secara tertutup di ZPC.


1 comments:

novamsc TP 60 cents!!!
profit 1000%!!!

August 8, 2013 at 6:29 PM comment-delete