Saham terbitan baru IPO Air Asia X

Saham Air Asia X sudah pun tutup tarikh permohonan pada 19 Jun 2013 yang lepas.Jika tiada aral melintang IPO Air Asia X ini akan diapungkan di Bursa Malaysia pada 10 Julai 2013.

Saya berpendapat saham Air Asia X ada potensi naik pada hari penyenaraiannya dan merupakan sebuah syarikat yang berpotensi tinggi untuk berkembang maju berdasarkan perkara berikut:-

  1. Tony Fernandes adalah CEO sebuah syarikat tersenarai yang komited untuk lihat syarikatnya berkembang maju.Tidak ramai  CEO yang turun padang dan berjumpa dengan para pelabur untuk menerangkan tentang prestasi dan potensi.Bukan senang CEO dah kaya raya nak turun bawah buat kerja marketing...beliau sempoiii...(mana ada CEO meeting besar pakai tshirts dan pakai topi)
  2. Saya tak ambil peduli sangat dengan kata-kata yang mengatakan Syarikat Tony Fernandes tidak digemari oleh pelabur institusi tempatan dan tambah lagi dengan 'mulut' nakal Azran yang buat kerja kurang bijak sehinggakan iklan AirAsiax diboikot media utusan. Saya lihat saham adalah perniagaan dibelakangnya dan perniagan AirAsia X adalah baik dan berpotensi.
  3. AirAsia X berani membuat keputusan segera dengan membatalkan laluan pernerbangan yang tidak nenguntungkan dan fokus kepada laluan yang menguntungkan.
  4. Tony Fernandes sudah buktikan idea gila AirAsia nya menjadi dan terbukti dengan peningkatan sahamnya lebih 200% dengan harga saham terkini berada atas RM3.00.
  5. Ekonomi kita berada pada putaran ekonomi yang sama cemerlang seperti era kepesatan pembangunan 90an.Apabila ekonomi baik,maka orang ramai akan banyak travel ke jarak yang lebih jauh dari biasa yang pastinya memberikan kesan positif kepada AirAsia X.
  6. Dari kajian didapati ramai rakyat malaysia terutama generasi muda dan pertengahan yang  menaiki kapal terbang bermula dengan Air Asia.Hubungan Sabah Sarawak dengan semenanjung dirancakkan dengan Air Asia.
  7. Air Asia sudah jadi brand macam colgate..nak beli ubat gigi sebut colgate..sekarang,jika hendak naik kapal terbang sebut AirAsia..Mereka yang sudah biasa naik Air Asia akan mencuba pula Air Asia X untuk terbang lebih jauh dari kebiasaan.
  8. Perkara paling penting dalam IPO,  pasaran  mesti dalam keadaan OK...dan yang pasti trend saham adalah menaik dengan indeks Bursa Malaysia kekal atas 1700 mata!
Berdasarkan perkara ringkas diatas, Insha Allah saham AirAsia X akan naik pada hari pertama penyenaraiannya..

Sekian..

Zamsaham
Kota Damansara
# kepada bekas peserta ingat "1st day open price rule" untuk selamatkan diri dari kerugian saham jenis IPO.

4 comments:

Ekonomi semakin baik,maka orang ramai akan banyak travel ke jarak yang lebih jauh dari biasa yang pastilah memberikan kesan positif kepada AirAsia X.

Anonymous
July 3, 2013 at 11:37 AM comment-delete

Air Asia selalu promosi murah2...kebanyakkan orang lebih kenal AirAsia masa kini...

July 3, 2013 at 4:12 PM comment-delete

Sell Call sudah dibuat masa hari pertama penyenaraian..Info pantas tersebut dikongsikan di ZPC.

August 6, 2013 at 12:06 AM comment-delete

masa itu harga 1.26-1.28 dan digalakkan supaya Simpan saham yang berkualiti pilihan di ZPC seperti IRIS yang berharga 19-20sen ketika itu.

Target IRIS akan pergi jauh..untuk INFO dan tips kajian terkini sila ke Zamsaham Private Client (ZPC)

August 6, 2013 at 12:08 AM comment-delete