Saham terbitan baru IPO UMW Oil & Gas akan Naik dengan Hebatnya?

Aswrwb dan salam semua pembaca blog zamsaham...

IPO yang saya tunggu -tunggu sudah berada dalam tangan.Saham UMW Oil dan Gas dengan tawaran IPO RM2.80.


Soalan yang paling kerap di terima di Kelas Intro Fenomena Saham adalah..En Zam,boleh naik ke saham UMW ini?
Jawapan saya,Simple..kebarangkalian naik adalah amat-amat tinggi kerana 3 faktor utama.
  1. Asas perniagaan yang mantap-UMW lebih menumpukan perniagaan kepada Upstream yang bukan 'calang-calang' company yang boleh buat.Setakat ini projeknya disokong penuh oleh PETRONAS yang sudah pun bagi projek beratus juta. Sila rujuk http://www.umw.com.my/ourbusinesses/oilgas/Pages/default.aspx. Oleh yang demikian,Fundamental syarikat yang mantap sudah tentu menjadi idaman pelabur-pelabur yang inginkan Dividen yang konsisten terutama pelabur-pelabur institusi.Tanpa pelabur isnstitusi,susah mana-mana saham IPO untuk BOOM!
  2. Saham UMW OIL & GAS tidak banyak diperolehi oleh pelabur runcit:-Ini adalah antara satu petua yang hebat yang perlu anda ingat sebagai pelabur saham terbitan baru.Jika saham IPO itu tidak dimiliki ramai pelabur runcit dan tidak banyak juga ditawarkan kepada orang awam.Inilah antara tanda-tanda sahamnya akan NAIK 1 Nov 2013 nanti.
  3. Cornerstone Investor-saham UMW Oil dan Gas menjadi idaman ramai pelabur institusi dan juga pelabur-pelabur OTAI seperti Tan Sri Rashid Hussain dan Tan Sri Chua Ma Yu yang dah confirm menjadi 'cornerstone' investor bagi saham syarikat ini. Untuk pengetahuan semua, bukan selalu pelabur individu menjadi 'cornerstone investor' lebih -lebih lagi nama orang-orang kuat pasaran saham seperti Tan Sri Rashid Hussain dan Tan Sri Chua Ma Yu yang TOP pada tahun 90an dahulu. 
Apapun,3 petanda diatas sudah cukup untuk saya katakan harga sahamnya NAIK dengan target peribadi adalah RM3.30-RM4.00 dalam tempoh 3 bulan selepas penyenarainya.

Sekian.

Zamsaham
 # Sila rujuk Facebook Tertutup Zamsaham Private Client (ZPC ) untuk update terkini.
(tak ramai tahu petua 1st day rule IPO untuk pelabur IPO)

4 comments:

dah ada ditangan...dah mula senyum..tunggu tarikh 1 nov 2013 untuk bertambah senyum..

AMIN!

October 10, 2013 at 10:13 PM comment-delete

OKEY LAH..saya staff mesti tebus

Anonymous
October 10, 2013 at 10:13 PM comment-delete

bagaimana pula dgn westports ipo tuan?

Anonymous
October 10, 2013 at 11:00 PM comment-delete

Westport akan naik tetapi dijangka tidaklah sehebat UMWgas

Anonymous
October 12, 2013 at 6:58 PM comment-delete