SAHAM TA 69sen akan BOOM ke RM1.00? adakah TRENDLINE berkesan?

Aswrb dan Salam kepada Semua pembaca blog zamsaham.

Ini hari saya akan kongsikan satu teknik yang paling ringkas tetapi berkesan iaitu teknik menjangkakan kenaikan harga sesuatu saham berdasarkan TEKNIK " Channel Trendline"

Cara mudah buat trendline
  1. Sambungkan 2 titik terendah untuk mendapatkan paras sokongan sesuatu harga saham
  2. Sambungkan 2 titik terendah ini dan halakan ke arah kanan carta 
  3. Lagi banyak titik-titik terendah disepanjang trendline,ini menunjukkan paras sokongan pada trendline tersebut adalah kuat dan lebih penting!
Cara mendapatkan Target kenaikan Harga saham
  1. 'Duplicate'kan Support trendline yang anda buat tadi.
  2. Letakkan trendline yang anda duplicatekan di paras harga tertinggi 'atau' di paras yang banyaknya harga tertinggi atau terendah sesuatu saham.Ini dipanggil juga sebagai 'inner trendline'
  3. Cara 'duplicate' trendline ini  dipanggil juga sebagai CHANNEL TRENDLINE
  4. Anda boleh rujuk carta saham TA Enterprise Berhad sebagai contoh apa yang dimaksudkan dengan sebagai channel trendline. pastinya amat-amatlah mudah.
Sebagai panduan, Trendline adalah antara teknik terhebat yang boleh memberikan anda pulangan berpuluh malah beratus percent keuntungan dengan segera. Dengan syarat anda bukan sahaja TAHU tetapi FAHAM cara menggunakannya dengan BETUL.

Trendline adalah antara 'signal' paling awal untuk menentukan perubahan samaada harga sesuatu saham hendak naik ataupun turun.
 
SILA RUJUK CARTA KAJIAN TERKINI SAYA akan saham TA Enterprise Berhad.


"Kesimpulan Kajian: Berdasarkan kajian di ‘Diary invest Sahamterdapat potensi  kenaikan pantas saham TA yang sekarang ini berharga 69-70sen. Secara peribadi ,target terdekat adalah 76sen. TETAPI jika harga berjaya pecahkan paras 76sen,’SESUATU’  yang positif akan berlaku kepada TA  dengan target berikutnya adalah RM1.00. * Rujuk Facebook Tertutup  Zamsaham Private Client"

 Itulah sedikit ringkasan yang simple tentang TEKNIK yang paling kerap saya gunakan dalam memberikan TIPS-TIPS saham  di Facebook tertutup zamsaham private client.Kajian melalui Channel Trendline. Ada berpuluh tips saham yang biasanya dikongsikan ketika harga saham 'masih senyap'tetapi berpotensi untuk NAIK dengan pulangan lebih 100%....(Banyak testimoni keuntungan didiberikan secara ikhlas oleh pelabur-pelabur yang sudah berjaya)

Sekian, 

Selamat melabur saham dengan bersistem 

Zamsaham
# Saya jarang update berita terkini di Blog,tetapi hari-hari update ENTRY dan EXIT CALL saham-saham di Facebook tertutup.
 

2 comments:

Teknik Z yang akan menjadi dambaan ramai...

October 10, 2013 at 10:26 PM comment-delete

Thnk for the teknik trendline en zam

syafia
July 11, 2014 at 12:37 PM comment-delete