No more 'kegawatan'....kita sudah berada pada Zaman SUPERBULL untuk ekonomi dan pasaran saham!

Petunjuk EMOSI yang membuktikan anda semuaaa silap!...

Itu hari pada 27 Jan 2014...Hampir 90% penganalisa saham-saham yang hebat mengatakan pasaran AKAN GAWAT dan AKAN TERJADINYA KRISIS EKONOMI...tetapi dengan pantasnya mengubah pandangan mereka bila melihat,Indeks Bursa Malaysia naik dan banyaknya saham-saham kekal naik pada bulan ini (Februari 2014)

"No more 'kegawatan'....kita sudah berada pada Zaman SUPERBULL untuk ekonomi dan pasaran saham!

Saya ada rekodkan petikan suratkhabar dari tahun 2010 sehingga bulan lepas (2014) yang  tidak habis-habis mengatakan Malaysia akan Gawat.Berikut adalah fakta cerita kegawatan yang tidak habis-habis dikeluarkan di media-media yang seterusnya menjadi topik hangat di dunia maya..

Gambar 1: Saham Asia Ditutup tidak menentu 2011 : Kepada yang tidak faham apa itu konsep 'dalam harga setiap saham ada ceritanya yang tersendiri" sudah tentulah akan menjual pegangan saham sejurus membaca artikel berkaitan pasaran saham diatas!
Kepada yang  mengkaji,anda akan terkejut pasaran saham Bursa Malaysia berterusan naik dari 18 November 2011 sehingga hari ini.

Gambar 2 : EROPAH AKAN GAWAT LAGI 16 November 2012 :Kepada semua pelabur pelabur saham dan penganalisa ekonomi seluruh dunia pasti sedar akan berita hal kegawatan di Eropah ini.Berita yang membuatkan pelabur tidak berani memasuki pasaran saham.
Walaupun begitu kepada yang faham maksud surah Al Baqarah ayat 216 pastinya akan mengambil kesempatan berkaitan berita buruk ini.


Gambar3 : 7 Oct 2013 ; kecoh seluruh dunia dengan isu 'US Shutdown' dan Kesannya kepada pasaran saham seluruh dunia.Tetapi hakikatnya pasaran saham berterusan semakin Naik! 


Gambar 4: Pasaran Saham Bursa Malaysia mendapat kesan langsung dari Penurunan besar-besar Pasaran saham Dowjones. Anda lihat berita diatas,anda akan nampak pasaran saham turun hampir 100 mata dalam masa yang singkat,tidak sampai sebulan. Penurunan ini bukan sahaja di Malaysia tetapi lain-lain pasaran saham di seluruh dunia.Semua pelabur risau kerana ekonomi dikatakan akan gawat lagi!!...mereka panik tak tentu pasal dan mereka yang panik ini bukan sahaja pelabur-pelabur runcit malah pakar -pakar yang hebat pun panik juga.Mari saya tunjukkan fakta kepanikkan yang diterbitkan di surat khabar The Star..Sila lihat gambar bawah...



Gambar 5: Baca tajuk keratan akhbar bertarikh  27 Jan 2014 diatas anda sudah pasti SUPER PANIK ! Panik kerana adanya petanda kegawatan ekonomi akan bermula lagi..Berita kegawatan ini tersebar secara meluas di ruang-ruang maya .Semua membicarakan hal kegawatan dan pasaran saham turun secara mendadaknya!...
(hakikatnya tidak bagi zamsaham,kerana dari tahun 2013  saya dan team zamsaham sudah mengadakan kelas FENOMENA SAHAM dengan menjangkakan Ekonomi dan Pasaran Saham Bursa Malaysia akan keluar secara rasmi dari kegawatan pada tahun 2014.)
Gambar 6 : Begitu semangatnya team Zamsaham terbang sejauh 
 SABAH untuk menyebarkan peluang pelaburan saham di Bursa Malaysia dengan menjangkakan tahun 2014 adalah tahun FENOMENA SAHAM.Baru 2 bulan kita berada pada tahun 2014,sudah ada testimoni kejayaan yang untuk lebih dari 200% dengan satu saham sahaja!..Ada juga yang mengatakan dengan satu saham sahaja sudah cukup 'cover' semua kerugian saham yang pernah dilalui seawal melabur dari tahun 1996!...Mereka berjaya kerana mereka ada usaha untuk memperbaiki kesilapan dan kejayaan adalah ditentukan oleh Allah SWT..tetapi pokok pangkalnya adalah USAHA dan Doa untuk berjaya.
Gambar 7: Zamsaham dan Peserta membincangkan Hal Fenomena Saham 2014 pada tahun lepas di PWTC,KL
Gambar 8 : ScreenShot Facebook Zamsaham Private Client pada 20 Jan 2014 berbeza pendapat dengan dunia maya yang  risau dengan hal penurunan mendadak pasaran saham US dan juga berita kegawatan ekonomi yang dilaporkan di media-media utama.

Kesimpulannya, apa jua cerita negatif berkaitan ekonomi suka saya nyatakan yang kita tidak perlu risaukan sangat hal gawat kerana "MANA MUNGKIN TIAP-TIAP TAHUN GAWAT!...sudah tentu ada masa zaman ekonomi gemilang.
Jika itu ceritanya ,Insha Allah tahun ini,tahun 2014 adalah tahun menuai hasil pelaburan saham kepada yang berilmu dan kekal sabar dalam kajian dan semakkan.

Insha Allah saya akan huraikan dengan petunjuk dari Alquran dan petanda-petanda unik bagaimana
 saya katakan kita sudah berada pada ERA ZAMAN BUAT DUIT DENGAN SAHAM dan sudah pasti tidak akan ada lagi kegawatan dalam  beberapa tahun mendatang...

"No more 'kegawatan'....kita sudah berada pada Zaman SUPERBULL untuk ekonomi dan pasaran saham!" -zamsaham

Wallahualam...

Zamsaham
# Inshaa Allah,peserta yang ingin menyertai kelas Advance Gegar Saham Syariah akan ditapis terlebih dahulu.





2 comments:

Teruskan usaha untuk membuahkan asal yang setimbal..usaha dan berdoa yang tidak putus-putus...

March 6, 2014 at 2:29 PM comment-delete

Sekarang trend kna timba ilmu dulu, kalau trade dulu, jawapan jd mcm sy rugi golongan 90% salah sorg sy lah dulu, sekarang bljr dr pglmn dan ada ilmu, baru tenang sikit bila masuk pasaran tu

Pelabur runcit
March 14, 2014 at 11:54 PM comment-delete