Petua Saham: Beli saham yang anda minat kaji Automatik Untung datang...

salam semua pembaca setia Zamsaham.com.

Selamat Hari Raya,berikut adalah perkongsian info dari FAcebook zamsaham norizam...teruskan pembacaan kerana mungkin ianya akan ubah pandangan anda tentang pelaburan saham..InshaAllah.

Semua orang nak untung dan lagi banyakkkkk untung lagi suka..saya pun macam itu pada awalnya..

Tetapi kini ianya semua berubah.Saya tidak lagi  melabur saham semata mata kerana minat hendak untung sahaja.

Ini kerana yang paling penting adalah MINAT  dan faham kepada sesuatu PERNIAGAAN terlebih dahulu.jika Minat diberikan penekanan maka untung akan datang secara automatik.

Jangan sibuk nak untung banyak dari kenaikan harga saham sehingga lupa pada konsep asal saham adalah pemilikkan perniaaan..u all beli saham kan u all   dapat dividen..dividen didorong oleh teras perniagaan.Perniagaan yang untung itulah yang menyebabkan harga sahamnya naik kerana orang nakkan dividen atau potensi dividen.

Beli saham kerana anda minat itu bermaksud juga anda akan ambik tahu dari pelbagai sudut dan kaji setiap aspek yang ada pada saham yang anda mililiki ..Lagipun andakan adalah tokey yang sebenarnya..cuma terhad pada jumlah saham yang dimiliki.Tetapi ianya tidak lari dari konsep utama saham adalah pemilikkan perniagaan.

Inilah juga yang diamalkan oleh Billionaire Saham iaitu warrent buffet.

Jangan beli saham atau apa juga yang anda tidak minat atau tidak faham..minat dan faham..kaji betul2 barulah beli.

Berbalik kepada beli saham yang untung banyak... belilah saham yang anda palingggg minat dan anda kaji.Jika dikaji ianya selari dengan minat anda.itulah saham yang anda lanyakkk.

Saham yang anda minat..biasanya anda akan hadir ke AGM atau Mesyuarat Agung Tahunan.lebih lagi kalau u all faham akan perniagaannya.

Sama contoh dengan ramainya orang yang bekerja ini hari semata mata kerana gaji..lagi tinggi gaji lagilah mereka suka.itu TIDAK SALAH ..saya sendiri pun suka gaji yang besar..dan mungkin anda juga..TETAPI jika matlamat utama hanyalah Gaji besar maka nilai kualiti kerja biasanya tidak diutamakan kerana Niat kerja bukan sebab kerja tetapi sebab gaji.

Samalah Dengan orang yang beribadat..jika niat kerana syurga..itu betul tapi paling betul buat kerana Redhanya Allah Swt..itulah keuntungan yang paling besar..

Okey..jangan confuse pulak..

Beli saham dengan minat kepada perniagaaan harus ditekankan dan BUKAN semata mata keuntungan dari harga saham sahaja..

InshaAllah jika anda beli saham.yang anda minat anda kaji dan ianya selari..Keuntungan akan datang secara automatik!..

Untung akan datang secara automatik!.

Zamsaham
JB
# inshaAllah lebih awal updated di Facebook dan www.zamsaham.com

4 comments:

Ada ilmu,ada sistem dan masa masuk yang betul seperti sekarang mungkin adalah zaman kegemilangan Saham terbaik.

August 5, 2014 at 1:49 PM comment-delete

Kalau bab duit rasanya semua orang boleh tanamkan minat keatas satu2 bidang

August 13, 2014 at 9:42 AM comment-delete

"Jangan beli saham atau apa juga yang anda tidak minat atau tidak faham..minat dan faham..kaji betul2 barulah beli." - Zamsaham

Guru saham yang baik sekali.

http://www.sahaminvestment.com

August 15, 2014 at 5:09 PM comment-delete

Terpaksa Untung!

August 16, 2014 at 1:32 AM comment-delete