Kelas Advance Pedagang FCPO 23 & 24 Mei 2015 di Akademi Zamsaham, Kota Damansara berjalan lancar

           Alhamdulillah, kelas kali ini yang berlangsung selama 2 hari pada 23 & 24 Mei 2015 berjalan lancar. Tahniah! para peserta yang hadir dan semua yang terlibat. Di kalangan peserta kali ini memang sudah mempunyai pengalaman dalam pelaburan saham. Kali ini mereka pula mengambil peluang 'main' di Pasaran Hadapan pula. Tahniah! pada mereka yang sentiasa mengambil PELUANG! Kelas ini juga sebenarnya bukan sahaja sesuai pada mereka yang berpengalaman bahkan, sesuai juga pada pelabur-pelabur baru.
Perlu di ketahui bahawa FCPO adalah mudah kerana kita hanya perlu FOKUS pada Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah sahaja...Anda hanya perlu bijak mentafsir trend dan mempunyai 'skill' melihat carta teknikal analysis..dan telah di kupas lebih mendalam pada kedua Advance Pedagang FCPO..bersama Penceramah JAY FUTURES
cara ZAMSAHAM cara TENANG...SABAR UNTUK MASUK lebih penting dan lebih utama.
Jangan aggresif dengan FCPO walaupun FCPO ini aggresif....untuk sentiasa MENANG dalam FCPO kita perlulah lebih 'SLOW'.
Kami dari Team Zamsaham mendoakan semoga perjalanan tuan-tuan dalam 'pelaburan' FCPO ini nanti akan semakin bersinar dan dipertemukan dengan 'jalan yang lurus'...
Lukisan perjalanan perlu dipraktikkan selalu dan rajin-rajinlah buka Diary Invest FCPO yang dibekalkan bersama....
Petua dan Pantang Larang juga telah dikongsikan, HADAM lah semuanya dengan baik....

Dengan persiapan rapi, Insya Allah, hasrat untuk mencari duit dalam pelaburan bukanlah satu impian tetapi kenyataan yang pasti! Amalkan segala ilmu yang diperolehi. Displin dalam pelaburan amat penting untuk menjana keuntungan yang berkekalan.

# Khas untuk yang sentiasa bertanya kelas FCPO di JB. Kelas Intro Pedagang FCPO akan diadakan di Setia Tropika, JB pada 14 Jun 2015 boleh daftar terus di ==> register.zamsaham.com

Ikhlas dari saya Team Zamsaham
-Admin Nor Saham-

1 comments:

Tahniah! kepada semua yang terlibat

Nor Saham
May 25, 2015 at 1:23 PM comment-delete