MALAYSIA HARI INI TV3 -BERSAMA REMISIER KING ZAMSAHAM

ISNIN- 18 Mei 2015

Alhamdulillah, Remisier King Zamsaham bersiaran secara langsung pagi ini di TV 3  di atas jemputan khas bagi program saham MHI-TV 3 yang dikendalikan oleh Pengacara Ally Iskandar.   Semoga perkongsian ilmu pagi ini untuk penonton-penonton MHI - TV 3 dapat di jadikan panduan serba-sedikit bagaimana memulakan pelaburan saham sebenar di Bursa Malaysia dan semoga apa yang di kongsikan oleh Remisier King Zamsaham mendapat manfaat kepada semua.

 Pengacara Ally Iskandar bersalaman dengan Remisier King Zamsaham sebelum memulakan program Saham 

Pengacara teruja dari jawapan yang di sampaikan oleh Remisier King Zamsaham
"RM29.00 pun dah boleh beli saham ?" - Nadia
"Rasanya kita kena jemput En Norizam tiap-tiap minggu" - Ally Iskandar
"Tak cukup masa, kita sambung cerita belakang kamera" – Nadia


Pelbagai pertanyaan asas pengacara di ajukan kepada Remisier King Zamsaham.  Apa yang penting pertanyaan asas ini sudah mampu menyampaikan mesej yang sebenar kepada umum bahawa pada umur seawal 18 tahun sudah boleh untuk melabur saham di Bursa Malaysia. Selain itu diterangkan juga mengenai modal minima untuk melabur, membuka akaun CDS Bursa Malaysia, membaca maklumat saham di Surat KhabarBeliau juga sempat memberikan "RULE" yang perlu ada bagi setiap Pelabur dengan memastikan 3 perkara ini sebelum membeli saham antaranya:
1.Pastikan syarikat untung
2.Pastikan syarikat yang berpotensi untuk untung
3.Pastikan syarikat mampu mengekalkan keuntungan 

Beliau juga ada memberikan pandangan mengenai saham-saham yang berpotensi buat masa ini seperti melihat potensi perniagaan di sektor kesihatan dan teknologi. Sempat juga beliau memberikan sedikit penerangan ringkas mengenai saham contohnya saham"IRIS'.

Jika anda terlepas menyaksikan rancangan MHI-TV3 pagi ini, anda boleh Saksikan rakaman penuh ZAMSAHAM DI MHI 18 MEI 2015 DI SINI >>> http://youtu.be/vmrOXNCB0Bg

Pelbagai Isu semasa dan Strategi unik pelaburan berjaya juga dikongsikan oleh Remisier King Zamsaham.

Apa  yang penting, "Melaburlah dengan Ilmu dahulu sebelum melabur terus di Bursa Malaysia". Sertai Ilmu Pelaburan sebenar dan ajak sedara mara kembangkan duit yang ada melalui pasaran saham yang sah Bursa Malaysia.

Insha Allah tahun 2015,adalah tahun 'Peluang Terhidang' ketika sebahagian pelabur dan penganalisis negatif akan pasaran saham.

Sertai Kelas Remisier King 6,7 & 8 Jun 2015 di Akademi Zamsaham, Kota Damansara dan daftar terus di register.zamsaham.com

HOTLINE:
Pn Nor 0137788048
En Halim 0127448843

-Admin Nor Saham-

1 comments:

Insha Allah tahun 2015,adalah tahun 'Peluang Terhidang' ketika sebahagian pelabur dan penganalisis negatif akan pasaran saham.

Nor Saham
May 18, 2015 at 3:33 PM comment-delete