KEMANA ARAH PASARAN SAHAM? Naik semula Atau terus Merudum?
Assalamualaikum dan salam Ramadhan,
Nampaknya, pelabur pasaran pening memikirkan kemana arah pasaran? Ada beberapa pelabur yang merasakan masa sekarang sudah bottom dan menganggapnya satu peluang keemasan untuk membuat pembelian dan ada sesetengahnya pula yang merasakan harga saham akan naik semula.
Mana satu yang betul?
Pada perkiraan saya,jawapan mana satu yang betul sudah diberikan pada perkongsian maklumat pada akhir July 2011 yang lepas http://zamsaham.blogspot.com/2011/07/updated-arah-pasaran-july-august-2011.html. Kebarangkalian untuk turun adalah Lebih tinggi kali ini.Apa pula faktor yang akan meneruskan perjalanan saham kearah Selatan?
Banyak faktor diambil kira antaranya:
- Saham-saham komponen indeks yang semakin lemah.Saham CIMB saya percaya harganya mampu turun sehingga RM7.50 dari harga sekarang RM8.00.Petronas Chemical pun dikira lemah selagi harganya tidak mampu naik RM6.50! Saham Genting mampu turun RM8.00 jika harga tidak boleh bertahan pada harga sekarang iaitu RM9.66.Saham IOI Corp downside target mampu turun sehingga bawah RM4.00.Manakala saham 'Konglomerat tebesar Malaysia,Sime Darby mampu turun sehingga 8.50. Saham Public Bank sekarang harga masih lagi steady pada RM12.90.Walaupun begitu,jika trend penurunan berterusan saya percaya harganya boleh turun sehingga 11.80! Jumlah kaunter indeks links adalah sebanyak 30 company.Majoriti company indeks links sedang dalam perjalanan ke selatan.(Indeks akan naik dan turun disebabkan oleh naik dan turunnya saham-saham indeks)
- Faktor Sendiket atau smart investor yang dah awal-awal keluar pasaran.Melalui pengamatan saya, pelabur-pelabur yang memahami teori emosi dan putaran pasaran saham,sudah keluar pada 3-4 bulan yang lepas.So,berita negatif pastinya akan dikeluarkan satu persatu untuk menakut-nakutkan pelabur satu dunia.Apabila semua orang bersetuju ekonomi sudah gawat ketika itulah mereka akan masuk semula.
- Ramainya Pemain CONTRA.Pemain kontra yang masih ramai sebenarnya adalah petanda yang pasaran masih lagi ada ruang untuk terus turun.Kenapa saya berkata begitu? Saya beranggapan pelabur runcit adalah kumpulan pelabur yang paling lewat memasuki pasaran saham.Dan jika pasaran saham turun,semakin ramailah orang yang akan terus membenci pasaran saham dan mengatakan pasaran saham adalah tidak menguntungkan dan tidak selamat!Walhal sebenarnya, pasaran adalah tempat yang selamat dan menguntungkan jika ada pemahaman konsep,teknik yang biasa dan luarbiasa beserta strategy entry dan exit yang betul.
- Faktor PENAFIAN :Ada antara pelabur yang mengeluarkan teori yang pasaran saham mustahil akan turun(Walaupun sebenarnya sudah turun -indeks 1590 July 2011,sekarang 1480) dengan mengatakan kerajaan akan support harga dan indeks dari turun kerana PILIHANRAYA. Ada teori nakal yang mengatakan Dato' Najib akan mengunakan dana EPF untuk support pasaran saham dari turun.Haha3,pada hemat saya Dato Najib terlalu banyak perkara yang beliau perlu selesaikan dari masuk campur secara langsung urusan support-menyupport pasaran saham. Jika benar sekalipun,saya rasa Dato Seri Najib perlu mengekalkan harga barang dari naik termasuk juga harga Minyak petroleum.Kerana ini lebih memberikan kesan kepada Pengundi pada pilihanraya.Tetapi,nampaknya Dato Najib tidak 'tahan' harga Petroleum dari naik! Jadi,pada saya INDEKS Bursa Malaysia bergerak naik dan turun adalah mengikut undang-undangnya sendiri dan jika ada unsur tangan sekalipun ianya adalah kes-kes yang terpencil dan pastinya bukan keseluruhan pasaran saham.Oleh yang demikian,Faktor penafian pasaran saham akan turun,sebenarnya aldalah disebabkan pelabur tidak ingin melihat harga saham yang sudah dibeli dari terus turun.Mereka yang masih Hold mencari maklumat yang boleh menyokong mengapa mereka perlu terus 'hold' dari menjual saham mereka pada technical rebound baru-baru ini.Rujuk carta emosi dibawah dan anda boleh cuba pahamkan emosi pelabur disetiap pergerakkan harga.
7 comments:
Assalamualaikum zam ,
memang benar kata awak pasaran memang menurun nak sekarang ni semua pasaran di Asia mengikut arah NYSE so us tgh down ...ada investor yg dah hedging dgn hold gold n silver sebelum QE2 lagi kalau hold cash value turun ..gold dah naik pecah rekod ...tq
Salam,
memang benar kata anonymous, saya dah keluar equity seminggu sebelum kejatuhan teruk berdasarkan TA, masa tu tak silap indeks sekitar 1560.
Saya beli gold etf, sekarang ni tengok sajalah indeks jatuh dan gold naik...Nak short indeks tak berapa yakin dan berani, ada masa nak kursus dengan encik Zam
TK tuan. Ya jgn lupa sedekah dan zakat bagi yang untung tu...haha... jika diizin ingin sekali berguru (kursus) dgn tuan... rasa byk lagi ilmu perlu ditimba...
market pon xmenentu sekarang ni.nak masuk takut turun lagi.sekrang sy tgok je.xbrani nak masuk.
indeks masih lagi x kuat nak naik..hari ni naik,esok turun,..kadang2,pagi naik cun je,.petang turun balik...tapi,dilihat arah utama untuk jangka masa sederhana mungkin akan turun lagi...
jangkaan indeks turun samapai 1450 nmpaknya TEPAT..tahniah En.Zam!!!
Ya betul...index telah pun jatuh bawah 1450 hari ini! Peminat2 blue chips pasti teruja...e.g CIMB sudah berlegar di paras rm7 haha... ianya mungkin jatuh lagi? ketidaktentuan polisi bank di indon pasti memberi kesan terutama pada CIMB. Mohon tuan zam komen saham blue chips mana paling teruk terjejas buat masa ini...
Post a Comment