PELUANG UNTUK MENJUAL SAHAM!

Salam semua,
Seperti yang dijangka pasaran akan turun dari kemuncaknya baru-baru ini nampaknya tepat!
  1. Selepas pasaran turun secara mendadaknya iaitu penurunan hampir 50mata dalam sehari dan setelah ramai pelabur yang panik,ini hari terdapat sedikit rebound!
  2. Walaupun ada kenaikan pada pagi ini,saya rasa ianya bukan masa sesuai untuk beli tetapi peluang untuk sesiapa yang masih belum atau tak sempat menjual pegangan saham..
  3. Ingat pasaran baru memulakan perjalanan untuk ke 'selatan' setelah melalui fasa sidewaynya hampir 6 bulan yang lepas.
  4. Jadi,bila masa untuk beli...? Saya ada satu teknik yang amat luar dari kebiasaan yang akan dikongsikan tidak lama lagi untuk kita dapatkan harga yang mungkin dikira baik dan selamat.
Sekian...
Zamsaham.JB 10 August 2011
#Saya percaya DOWNTREND akan berterusan selagi Indeks Bursa Malaysia bawah 1500!

9 comments:

tak sabar nak tunggu teknik luar biasa membeli saham ni...harap2 dapat tambah2 duit kocek sikit

Anonymous
August 10, 2011 at 9:52 AM comment-delete

market dah turun.nasib baik sempat jual pegangan saham masa 1 august sebab nak pakai duit..klu x abes oden..

aidil
August 10, 2011 at 10:28 AM comment-delete

Selepas turun adalah teknikal rebound.Sepatutnya masa reboundlah peluang untuk menjual saham.Bukan Membeli..

Now pasaran akan teruskan perjalanan kearah selatan.

August 19, 2011 at 3:32 PM comment-delete

MAri kita lihat saham apakah yang akan LIMIT DOWN tidak lamat lagi...

Limit Down=Saham yang terjun semaksima mungkin dalam satu hari.BIasanya 30% dari harga penutup semalam.

August 19, 2011 at 3:33 PM comment-delete

"jangan Sambut Pedang Yang Dicampakkan!"

August 19, 2011 at 3:34 PM comment-delete

Macam kapal terbang terhempas!!! terhempas di lautan ada bagus sikit..

adalah 'cushion' sikit.

Semoga semuanya selamat dengan Jacket Keselamatan...

August 19, 2011 at 3:36 PM comment-delete

Bilakah masa sesuai untuk membuat pembelian saham...

Dari beberapa banyak tips,saya bagi satu dulu..

1)Apabila ketika itu Indeks turun banyak dan didapati ketika itu tiada orang-Apek2 di gallery saham.Berkemungkinan saham ketika itu sudah dikira hampir 'Bottom'.

Saya akan berikan lagi beberapa teknik yang simple tetapi berkesan yang sememangnya tiada dimana2 buku saham!

August 19, 2011 at 3:43 PM comment-delete

TK tuan. tips tu mmg sgt berguna... waktu ni mari kita simpan cash byk2. mohon maklum lagi nanti bila waktu saat sesuai utk masuk pasaran semula...tak sabar tunggu saham jatuh merundum.... masa tu semua cheap sale...mari2... murah2 hehe

Anonymous
August 20, 2011 at 4:47 PM comment-delete

Pasaran ini pelik dan unik...harga yang disangka sudah mahal,boleh jadi lebih mahal!

Manakala jika anda rasakan harga sekarang sudah murah,ianya mungkin akan menjadi lebih murah!

August 22, 2011 at 11:14 AM comment-delete