SEKILAS CERITA WARRANT

Warrant adalah pilihan untuk pemegang warrant tebus kepada saham syarikat dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.Warrant berbeza dengan saham kerana ianya mempunyai tarikh luput.Pada setiap tarikh luput akan adanya conversion price atau nilai tebus yang perlu dibayar oleh pemegang warrant.
  1. Warrant dikeluarkan oleh syarikat induk yang biasaya diberikan secara berbayar (premium) atau secara percuma yang dikepilkan sebagaipemanisuntuk terbitan right issue.
  2. Jika anda membeli warrant anda tidak berhak untuk mengundi apa jua resolusi,hak penerimaan dividen atau bonus.Ini kerana anda bukan pemegang saham.Untuk menjadi pemegang saham anda perlu tebus warrant anda.
  3. Walaupun begitu,orang ramai membeli warrant kerana harganya yang murah dan mempunyai potensi kenaikan yang lebih seiring tetapilajudengan harga induknya.
  4. Jangkamasa tamat tempoh setiap warrant mempengaruhi nilai warrant.Lagi lama luput lagi berpotensi untuk warrant itu naik.Ruang masa ini diperlukan untuk harga saham induk melepasi harga ‘conversion’ yang telah ditetapkan.Jika harga induk sudah melepasi harga ‘conversion’ inilah yang dinamakan ‘in the money’
  5. TIPS PELIK:Jika saham induk aggresif,warrant 2 kali aggresif.
  6. Anda mesti jual :Jika saham warrant yang dibeli tiada potensi kenaikan harga induknya untuk melepasi harga conversion.Lebih-lebih lagi apabila trend menurun(dead ZC).Ini kerana warrant(out of money) akan turun lebih aggresif menjelang tarikh luputnya tamat dan adakalanya menjadi setengah sen!

Jangan peningkan dan semakkan pemikiran anda(terutama yang baru) dengan term-term saham yang pelik-pelik.Tidak kira saham ke atau atau warrant yang penting asalkan boleh buat duit seperti warrant Jetson Bhd yang pernah naik hampir 2000 percent dalam masa tidak sampai 6 bulan!

sekian

Zamsaham.Johor Bahru

3 comments:

Warrant memang sesuai beli untuk dapatkan kenaikan modal dalam jangka masa yang pendek.

June 6, 2010 at 12:26 PM comment-delete

TAPI KENA TAU KIRA POTENSI DIA BRO...

June 7, 2010 at 9:32 AM comment-delete

TAPI KENA TAU KIRA POTENSI DIA BRO...

June 7, 2010 at 9:32 AM comment-delete