KOMEN PASARAN SAHAM US DAN MEDIA CNBC,BLOOMBERG
Pasaran saham Dow Jones minggu lepas turun hampir 1000 mata dalam seminggu! Seperti biasa CNBC dan Bloomberg buat 'drama' seolah-olah pasaran akan terus menjunam.Mereka siap buat segmen MARKET TURMOIL dan dengan gimik yang menakutkan semua pelabur!Seringkali,saya beritahu dalam program Bengkel saya, kita sebagai pelabur jangan terlalu mempercayai maklumat media.Terutama media yang dikuasai oleh Yahudi. Memang maklumat media itu penting,saya pun tengok Bloomberg,CNBC.Mungkin berita yang disampaikan itu fakta,tetapi kita harus melihat adakah unsur-unsur pihak tertentu ingin mempengaruhi emosi dan minda waras kita.
- Contohnya,pada tahun 2003 dahulu jika anda masih ingat dunia digemparkan oleh penyakit sebaran SARS.Pasaran saham turun satu dunia termasuk Malaysia.Pasaran betul-betul lesu desebabkan oleh media yang bercerita SARS boleh membantutkan ekonomi dan sebagainya.Orang yang biasanya pergi melancong,tidak berani melancong sebab takut penyakit SARS.Sektor hotel 'bungkus'!.Walaupun betul SARS berbahaya,tetapi cara penyampaian media yang mempunyai 'niat' terselindung ini harus difikirkan.
- Berbalik pada tahun 2008 sehingga hari ini,dunia dikejutkan oleh penyakit sebaran penyakit H1N1.Peliknya,media termasuk bloomberg dan CNBC walaupun mereka bercerita tetapi tidak 'beriya-iya' menjadikan H1N1 isu penting dengan mengaitkannya dengan ekonomi.
- Itulah,kita perlu memerhatikan berita tidak kira dalam dan luar negara dalam kaca mata direktor.Kita seharusnya jangan mudah terikut kata-kata mereka.
- Selepas drama 'market turmoil' CNBC baru-baru ini.Pasaran Dow Jones naik mendadak sehingga 400 mata sehari.Walaupun,berita yang menjustifikasi kenaikan itu adalah disebabkan oleh bantuan EU termasuk IMF kepada Greece diluluskan tetapi alangkah baiknya jika membiarkan sahaja saham dan tidak menjual semasa orang panik!
- Seperti yang saya jangkakan sebelum ini,PASARAN SAHAM DUNIA TIDAK AKAN JATUH DISEBABKAN OLEH MASALAH EKONOMI LAGI.PASARAN HANYA AKAN TURUN DISEBAKAN OLEH PEPERANGAN,LETUPAN ATAU SATU PERKARA YANG BESAR YANG DILUAR JANGKA.DAN IANYA BERLAKU SELEPAS FEDERAL RESERVE MENGATAKAN EKONOMI PULIH,ORANG BERGEMBIRA DENGAN KENAIKAN SAHAM,AHSO-AHSO MAKIN RAMAI MAIN SAHAM,IPO SEMAKIN BANYAK,UNIT TRUST SEMAKIN BANYAK DILANCARKAN & MEDIA MENCERITAKAN SEMUA HAL YANG BAIK BERKAITAN EKONOMI.
- Ingatlah selalu,pasaran saham sebenarnya digerakkan oleh 'perception dan emotion'.
- Setiap berita yang buruk,kita mungkin boleh menilainya baik.Manakala setiap berita baik yang datang mungkin kita boleh menilainya tidak baik.Seperti ramainya orang yang mengangap berita SWISSCASH,EBARREL,STUDIO TRAFFIC,SKIM PAKMAN TELO,FX CONSULTANT,SERAMIC CLUB sebagai baik.tetapi kini sedang pening kepala.Yang tidak pening kepala dan sedang tidor atas duit adalah pencipta skim tersebut.
Ini hanyalah teori dan pendapat tentang hubungkait antara media berita pasaran saham dan kehidupan.Semoga kita mendapat jalan yang lurus,Jalan yang diredhaiNYA.
Sekian
Zamsaham...
#This week 16 may 2010 Ahad ada bengkel di Persada Johor. Next Week di PWTC KL..bekas peserta boleh lepak sama habis bengkel.Kita ngeteh!
0 comments:
Post a Comment