TAHUN 2010 DAN TAHUN 2011 ADALAH SAMA JIKA..?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Saya bercuti panjang dari akhir Nov 2010 sehingga akhir bulan December yang lepas.Almaklumlah dapat anak ke 3 (bestnya diam-diam anak dah tiga!) .Nak kena selalu dekat rumah lepak dengan bini. Alhamdullillah,hari ini, isteri yang kusayangi sudah habis pantang 44 hari.
Okey,berbalik cerita dan azam tahun baru. Sekadar coretan tahun 2010 yang lepas untuk renungan bersama.
  1. 2010 menjadi tahun yang penuh dengan cerita duka dan suka kepada semua pemain pasaran saham.Yang suka sudah tentulah yang untung,dan yang duka sudah tentulah yang rugi.
  2. Walaupun begitu keuntungan yang diperolehi tetap sama jika kita tidak rasa ianya cukup.Malah kerugian ,walaupun perit tidak memberikan kesan jika kita menganggap ianya sebagai kifarah dan satu pengalaman yang berguna dalam merangka strategi dan sistem bermain saham.

Setiap tahun baru,ramai yang menanam azam .Jadi, adakah sama diantara tahun 2010 dan tahun 2011 yang baru kita tempuhi ini?...

Tahun 2010 dan tahun 2011 akan menjadi sama jika kita perhatikan tiada perubahan pada diri kita dan masyarakat sekeliling.Berikut adalah beberapa contohnya:-

  1. Sampah selepas tahun baru:Saya ada menonton berita TV1 pagi semalam.Wartawan melaporkan sampah bersepah dimerata tempat di Dataran Merdeka selepas menyambut tahun baru! Mereka yang berpuluh ribu menyambut tahun baru bergembira melihat mercun tetapi sayang kotak/tin minuman dan pelbagai sampah termasuk pampers dibuang merata tempat.Inikah azam tahan baru? Pada pemerhatian saya,tiada erti azam tahun baru jika kita tidak berubah dari penyepah kepada tidak penyepah!
  2. Emosi Manusia dan kesan pasaran: Seperti yang saya beritahu di dalam kelas Bengkel Jutawan Saham, walaupun tahun silih berganti,jika selagi manusia ada emosi marah,suka,duka,benci,penyayang,tamak,takut dan panik,maka selagi itulah pasaran saham/FCPO akan bergerak dalam bentuk ZIGZAQ.Pasaran turun-naik ini akan membentuk "price pattern" dan akhirnya jika dilihat dalam skala yang luas,pergerakan yang dipengaruhi emosi ini akan membentuk seperti gunung,lurah dan tanah yang mendatar.Oleh yang demikian,seperti biasa penekanan kepada strategi mengawal emosi perlulah diberatkan sebanyak 80%.Lebih dari kepakaran dalam teknikal mahupun fundamental.
  3. Strategi dan latihan: Strategi dan latihan amat penting dalam memastikan kejayaan berterusan dalam pelaburan kita.Pada pandangan saya,amatlah sukar untuk mengecapi kejayaan jika usaha yang dibuat ala kadar sahaja! Kita ambil contoh pemain Bola Sepak Malaysia berjaya memenangi Piala AFF Suzuki.Mereka kini dipuji dan disanjung.Tetapi,bukankah mereka sebelum ini diperlekehkan dan dipandang sepi oleh pemain pasukan luar negara dan ada juga segelintir peminat bola sepak tanah air.Dengan latihan dan komitmen yang berterusan,baru hari ini mereka mengecapi hasilnya!.Itu pemain Malaysia.Mari kita ambil contoh yang diluar negara pula.Sukan Golf contohnya Tiger Woods dan Ernie Els.Mereka berdua ini sudah dikira pemain golf profesional dan memang sudah mahir sangat memukul bola golf.TETAPI mereka tetap memukul beratus bola golf setiap sehari.Inilah yang dinamakan latihan berterusan..

"Setiap usaha dan latihan pada hari ini pasti akan ada hasil pada penghujungnya"-zamsaham

Jadi dipendekkan cerita,awal Tahun Baru 2o10 disambut dengan mercun,tahun 2011 yang baru kita tempuhi pun ada mercun,jadi tahun depan, 2012 juga pasti ada mercun dan mungkin sampai kita meninggal dunia pun, setiap tahun ada mercun.Selepas pertunjukan mercun berkemungkinan besar sampah tetap akan bersepah di merata kawasan sambutan!

Oleh yang demikian,TAHUN 2011 yang mendatang akan memberikan impak yang positif/kejayaan/kekayaan dan seterusnya kebahagian kepada kita, jika kita lakukan HIJRAH.Hijrah yang saya maksudkan adalah dari yang buruk kepada yang baik,yang kurang berjaya kepada lebih berjaya.Pada saya Hijrah itu lebih penting kerana ianya yang mendokong azam tahun baru 2011 kita.
Sekian coretan selepas pantang isteri 44 hari,

Zamsaham SkudaiVilla JB

4 comments:

Selamat tahun baru Bro. betul bro.. setiap tahun sama jer sebab tiada anjakkan paradigma. (Ayat skema ni..heheh)..

kalau adapun anjakkan itu belum cukup kalau tak ada konsisten dalam tindakan. Konsisten ni lah yang orang susah buat termasuk aku sendiri. Tapi aku percaya benda ni boleh buat punya asalkan jangan berhenti walaupun terpaksa merangkak.

It does not matter how slow we go so long as we do not stop!

January 2, 2011 at 1:26 PM comment-delete

pemain bola sepak kita dah puas kena kutuk dan diperlekehkan..kini zaman kebangkitan sudah bermula!

yang penting hari-hari mahu kayuh..

Tahniah Pasukan Bola Sepak Malaysia.

# cari peluang business di Stadium pun bagus jugak nie..haha

January 2, 2011 at 11:18 PM comment-delete

fENOMENA ZAMAN
Skema..ke tak skema yang penting kita paham..

aku nak discover online advertisng business dalam tahun 2011..mana tahu boleh pergi listing pula..

haha...impian bukan berangan tu..

ZAMMEDIACORP BERHAD

January 2, 2011 at 11:21 PM comment-delete

Jual Hot Dog dan Air Tin kat stadium.... sampai ada yang kena rembat..hahah.. lepas ni kalau ada rezeki terlebih boleh sedekah hot dog dan air tin untuk peminat bola sepak Malaysia..hehehe.

Bro.. nanti idea online advertising lu gua curi pakai bro...hehhehe

January 3, 2011 at 7:19 AM comment-delete