KISAH IKAN SARDIN DAN TSUNAMI DI JEPUN
(Jadi semalam petang,ketika minum bersama 'geng2' saya ada kongsikan pendapat dengan mengatakan sesuatu malapetaka dijangka berlaku tidak lama lagi...rupa-rupanya betul-betul jadi.Dilaporkan ini hari Tsunami besar berlaku di Jepun!)
- Jika semalam anda membaca surat khabar The Star anda pasti akan lihat berjuta ikan sardin mati di Los Angeles di Amerika.Berita itu di muka depan
- Sebelum ikan sardin mati,saya ada memerhatikan berita ikan-ikan paus yang 'membunuh' diri di Perairan New Zealand baru-baru ini.
- Perkara yang sama juga berlaku ketika tsunami yang melanda Malaysia pada tahun 2006.Ketika itu diberitakan Ikan melompat ke daratan di sebuah kolam di Johor!
- Tindakan pelik haiwan seringkali boleh memberikan kita panduan awal tentang 'malapetaka' yang bakal berlaku.
Pada saya setiap yang diciptakan adalah untuk kita sebagai manusia biasa memikirkan yang kita ini hidup tidaklah lama mana.Bila-bila masa sahaja kita akan menemui Allah S.W.T.
Jadi kita diberikan 3 hari.
- hari semalam,adalah hari yang sudah menjadi sejarah dan pasti takkan kembali.
- Hari ini,kita buatlah yang terbaik kerana...
- Hari esok,adalah hari yang tidak pasti kita akan ada lagi atau tidak....
Wallahualam...
Sekian
Zamsaham 11 March 2011
8 comments:
saya pun pernah terbaca tentang serangga boleh tahu lebih awal tentang perubahan cuaca,.saya pernah baca yg semut akan berpindah rumah jika kawasan yang mereka diami akan mengalami perubahan cuaca...jadi mereka berpindah lebih awal bagi menyelamatkan koloni mereka
Thanks for the info mr jay...
agak2...ada tak reaksi binatang pada prgerakkan FCPO?
hehehe..reaksi binatang pada FCPO saya belum pernah terbaca lg setakat ni...
tapi reaksi binatang pada perubahan cuaca mungkin secara tak langsung boleh mempengaruhi pengeluaran tanaman kelapa sawit...apabila cuaca berubah,memberi kesan kepada pokok2 kelapa sawit...jadi bila pengeluaran kelapa sawit dipengaruhi,secara tak langsung mempengaruhi harga FCPO..mungkin...pendapat sy je
Gempa bumi kuat dikesan di pantai timur Honshu, Jepun
16/03/2011 2:07pm
KUALA LUMPUR 16 Mac – Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter dikesan di pantai timur Honshu, Jepun pada pukul 11.52 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, gegaran itu berlaku kira-kira 4,037km dari timur laut Kudat, Sabah.
Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan gempa itu dan akan memaklumkan maklumat terkini kepada orang ramai. – Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm
setiap yang diciptakaNya itu tidaklah sia2..
betul3...setiap kejadian pasti ada hikmahnya....
selepas kejadian Tsunami yang mengorbankan ribuan nyawa,..kini radiasi nuklear pulak menyerang Jepun,yang mampu mengancam seluruh rakyat Jepun...dan juga mungkin memberi kesan sampingan berpanjangan....
BERITA HARIAN ONLINE MELAPORKAN:
Peningkatan 10 juta kali lebih tinggi berbanding paras biasa
TOKYO: Pegawai di Jepun semalam melaporkan peningkatan besar mendadak kadar radiasi iaitu 10 juta kali lebih tinggi berbanding paras biasa dalam air di salah satu reaktor di loji nuklear di Fukushima Daiichi yang bocor selepas dilanda gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu.
BERITA PENUH: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Parasradiasinaikmendadak/Article
Post a Comment