TINGGIKAH RISIKO PELABURAN SAHAM ?
Berikut adalah antara soalan yang biasa saya terima berkaitan dengan pelaburan saham.
Adakah pelaburan saham ini tinggi risikonya?
- Apabila anda melabur dalam pasaran saham,anda perlu tahu yang anda adalah sebahagian dari pemilik syarikat.Keuntungan dan kerugian pelaburan anda tertumpu lebih kepada keuntungan dan kerugian perniagaan syarikat yang anda laburkan.Jika perniagaan syarikat semakin untung maka saham syarikat akan semakin naik disebabkan kerana permintaan yang semakin tinggi dari para pelabur.Harga saham akan semakin tinggi jika pelabur sedia ada tidak menjual pegangan saham kerana inginkan dividen yang akan dibayar hasil dari janaan keuntungan dari perniagaan syarikat yang dilaburkan.sebaliknya jika perniagaan syarikat tidak baik.
- Pelbagai kajian samaada dari sudut fundamental mahupun teknikal perlu dibuat bagi mengurangkan risiko pelaburan.
- "Risiko hanya akan berlaku apabila kita tidak tahu apa kebarangkalian yang bakal berlaku".Jika hendak dipukul ombak berumahlah ditepi pantai,jika hendakkan salji pergilah ke negara yang ada salji bukannya ke kawasan digurun,hatta jika hendak berniaga burger sekalipun kajian perlu dibuat dengan berniaga di kawasan yang strategik dan menjadi laluan utama.Jika hendak tahu kawasan mana yang hujan,pergila kawasan bakal dilaporkan hujan.Itulah yang dimaksudkan dengan kajian berdasarkan kebarangkalian bagi mengurangkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.
- Maka dengan ini,jika seseorang itu mengatakan pelaburan saham adalah tinggi risikonya sebenarnya pelabur membuat keputusan pelaburan hanya berdasarkan rasa dan khabar angin dan tips-tips tanpa membuat sebarang kajian ,penelitian dan strategi pelaburan yang betul.
1 comments:
I think this is one of the most vital info for me. And i am
glad reading your article. But wanna remark on few general things, The web site
style is perfect, the articles is really great : D. Good job, cheers
Stop by my site :: http://www.juicyworm.com/user/profile/milanbrad/
Post a Comment