Malaysia Airline System (MAS) Kali ini paling REAL punya BOOM! -0.35-36sen Oct 2013

Hi Semua pembaca blog zamsaham...

Kali ini just hendak update latest tips saham yang akan menjadi cerita 'KALAU' kepada yang tak ambil peluang keemasan ini.

Pendek cerita MAS sudah pun berada pada tahap terbaik untuk pulih bukan sahaja dari perniagaannya malah harga sahamnya juga sudah nampak potensi yang sama.

Kepada rakan-rakan ZPC,mereka semua sudah sappuuu pada harga 0.34sen minggu lepas.Apapun pada harga terkini 0.35-36sen harga saham MAS sudah masuk pada  tahap terbaik untuk dibeli.Jangan risau kerana risiko turun adalah amat rendah tetapi potensi untuk NAIK amatlah tinggi.Sila rujuk carta kajian saya di bawah.TOLONG jangan tengok sekali imbas tetapi bacalah seketul-seketul.


Berbalik kepada teras peniagaan MAS yang terlibat dalam industri penerbangan.Ada beberapa perkara yang menarik saya untuk mengajak anda semua menilai bersama saya akan potensi "BOOM' saham MAS ini.Berikut adalah pandangan saya:-
1- MAS adalah JENAMA yang unggul: MAS sebenarnya mempunyai jenama yang baik dikalangan penguna korporatnya.Jika tidak bagus,mana mungkin MAS sudah beberapa tahun dinobatkan sebagai JUARA SERVIS TERBAIK dunia.
2- KUASA PENGGUNA: Orang  ramai akan memilih kualiti dan servis yang lebih baik apabila ekonomi semakin pulih.Maka tahun 2013 ini merupakan tahun permulaan terbaik untuk MAS menonjolkan servis yang lebih berkualiti berbanding Airlines yang lain.
3-ASET MAS: Ramai yang mengutuk MAS tidak bagus atau sebagainya tanpa menilai yang Syarikat penerbangan tertua Malaysia ini mempunyai aset berbillion-lion termasuklah MAS Engineering.Jikalau MAS ini bankrupt pun kita sebagai pelabur tak perlu risau kerana selepas tolak semua hutang,pelabur masih lagi selamat kerana ada lagi baki duit yang boleh diberi kepada pelabur sahamnya..Itu kalau cerita Bankruptnya MAS yang pada saya adalah satu perkara yang mustahil buat masa ini.Kenapa mustahil?...Mustahil sebab syarikat sudahpun terbitkan Right issue yang memberikan kesan positif kepada aliran tunainya.


 Gambar: MAS lebih selesa bagi perjalanan jarak jauh.
Gambar: Klik link dan lihat betapa bernilainya MAS ini.

Jika saya hendak simpan saham ini,berapa jauh boleh NAIK?
Sila rujuk carta untuk lihat jangkaan kenaikan dalam masa 1-2 tahun dari sekarang. Harga saham MAS sekrang berlegar-legar pada 0.34-36sen dan jika naik bukan lah mustahil melebihi  RM1.00-RM1.50.

 Semoga anda semua berjaya dalam pelaburan saham.Dan buatlah pembelian ketika orang masih ragu-ragu dengan potensi MAS yang sebenar kenaikan ini adalah yang palinggggg REAL.

Sekian,

Zamsaham.
JB-KL-Sabah
(Malaysia Airline System (MAS) Kali ini paling REAL punya BOOM! -0.35-36sen Oct 2013)
Update target saya dah bagi kat atas tu..tapi kalau lagi yang update di Face book tertutup Zamsaham Private Client!

8 comments:

tak boom pun...

Anonymous
October 28, 2013 at 9:43 AM comment-delete

hhhmmm....31.5sen skrg nih. nak real lagi ker...? apa yg real pun...saya tak faham....come on...jgn overconfident sangat....anda menyusahkan followers anda...

Anonymous
November 21, 2013 at 10:34 AM comment-delete

dengar tips orang lain boleh, nak percaya kena kaji dulu, baru diri kita sendiri confident

Anonymous
January 29, 2014 at 5:42 PM comment-delete

MAS mmg boom!!!!!

Anonymous
February 24, 2014 at 9:33 PM comment-delete

ada MAS brankrup ke? banyak sgt berita negatif ni...adakah mas mampu bayar saman? kenapa teruk sangat reputasi MAS skrg? banyak betul flight MAS terbakar apa petanda????

Anonymous
April 1, 2014 at 6:12 PM comment-delete

Betul2 boom, dah dua posen jer..

June 14, 2014 at 11:26 PM comment-delete

Betul2 boom, dah dua posen jer..

June 14, 2014 at 11:29 PM comment-delete

ha ha ha kena tpu lagi semua

Anonymous
August 20, 2014 at 1:18 AM comment-delete